PETA PERJALANAN
SAN FRANCISCO - YOSEMITE NATIONAL PARK - LOS ANGELES - ROUTE 66 - GRAND cANYON NATIONAL PARK - ANTELOPE CANYON - HORSHOE BEND - HOOVER DAM - LAS VEGAS
KENAPA USA ?
Bila kita travel ke Amerika Syarikat dari West ke East, barulah rasa pengalaman Amerika yang sebenar. Dari suasana West yang moden dan santai, kita lalu kawasan luar bandar yang luas dan tenang, sehinggalah tiba di East yang penuh dengan sejarah dan karakter tersendiri.
Setiap hari pemandangan dan vibe berubah, jadi perjalanan rasa lebih hidup, santai dan penuh cerita. Trip ni bukan sekadar pergi bercuti, tapi betul-betul menikmati perjalanan merentas benua yang sukar dilupakan.
MEMORI TRIP
















ITINERARI
Itinerari lengkap selama 10 hari 7 malam ni akan membawa anda semua mengembara usa UNTUK BAHAGIAN WEST COAST dan kita akan melintasi 3 buah negeri di USA. TRIP NI SESUAI UNTUK KORANG YANG TAK BANYAK CUTI TAPI NAK PERGI KE USA
Day 01: KUL ✈ SFO / ARRIVAL (SAN FRANCISCO - SFO AIRPORT)
Pengembaraan US West Coast ni akan bermula dengan berkumpul di KLIA 1 untuk kita menaiki penerbangan ke San Francisco. Kalau korang nak tau, untuk penerbangan ke USA, kita akan tiba pada hari yang sama hari kita berlepas tau.


Day 02: SAN FRANCISCO
Kita mulakan sightseeing di San Francisco dengan singgah di Twin Peaks untuk menikmati pemandangan panorama bandar. Seterusnya, kita ke Lombard Street, jalan berliku yang ikonik, sebelum merasai pengalaman klasik menaiki SF-Muni Cable Car dan singgah di Powell Street Turnaround.
Perjalanan diteruskan ke Fisherman’s Wharf dan Pier 39 untuk suasana pelabuhan yang meriah. Kat sini kalau korang nak cari souvenir, berlambak la kedai dia sini. Korang juga ada optional activity yang boleh dilakukan kat sini iaitu menaiki Alcatraz Cruise untuk pergi lebih dekat dengan Pulau Alcatraz, yang pernah menjadi penjara keselamatan tinggi yang menempatkan banduan paling berbahaya dan terkenal pada suatu ketika dahulu.
Akhir sekali, sebelum menamatkan hari kita di San Francisco, kita akan pergi ke Golden Gate Bridge, simbol terkenal San Francisco yang wajib dirakam dalam kenangan. Dah sampai San Frnacisco ni kena la bergambar dengan Golden Gate Bridge.






Day 03: YOSEMITE NATIONAL PARK
Kita mulakan perjalanan menuju ke Yosemite National Park. Sepanjang jalan pun dah boleh rasa aura alam semula jadi yang tenang dan memukau.
Sampai je di Yosemite, kita terus singgah di Bridal Veil Falls, air terjun yang cantik dan menyegarkan mata. Lepas tu, kita nikmati pemandangan ikonik Half Dome dan Hanging Valley Viewpoint, memang spot wajib untuk ambil gambar cantik.
Perjalanan diteruskan ke Yosemite Falls, antara air terjun tertinggi di Amerika, sebelum berhenti di Tunnel View, tempat paling popular untuk tengok panorama penuh Yosemite. Kita juga singgah di Wawona dan Mariposa Grove, kawasan pokok sequoia gergasi yang buat kita rasa kecil bila berdiri di bawahnya.
Lepas puas explore dan bergambar, kita pun bergerak ke Fresno untuk berehat sebelum sambung perjalanan seterusnya.






Day 04: LOS ANGELES - SANTA MONICA OR THEME PARK EXPERIENCE
Untuk hari ni, kita akan bergerak ke Los Angeles, bandar yang memang penuh dengan vibe santai dan hiburan. Sampai je, kita bebas pilih aktiviti ikut citarasa masing-masing.
Kalau nak chill-chill, kita boleh pilih sightseeing di Santa Monica & Malibu. Kat sini, kita akan berjalan di tepi pantai, sambil menikmati angin laut. Dari sini jugak kita boleh tengok view laut yang tenang, memang best untuk relax dan ambil gambar cantik.
Tapi kalau nak yang lebih thrill, kita boleh pilih Theme Park Experience sama ada di Universal Studios Hollywood atau Six Flags Magic Mountain. Dari rides mencabar sampai dunia filem yang ikonik, memang puas satu hari layan keseronokan. Korang tinggal bagitau je pukul berapa nak balik. Bagi enjoy puas-puas.
Apa pun pilihannya, hari ni memang diisi dengan pengalaman seronok sebelum kita berehat dan tamatkan hari di Los Angeles.






COMING SOON !!
ANDA BERMINAT ?
Ada pertanyaan tentang pakej percutian, tarikh perjalanan atau tempahan? Hubungi melalui medium di bawah untuk info yang lebih lanjut.
Email: zharif.inspire@gmail.com
Phone Number : 011-55879100 (Zharif)
Office Number : 03-41419419
Office Email : hello@myinspiretravel.com
Hak Cipta Terpelihara © 2025 Inspire Travel Malaysia.
Dimiliki oleh Insipre Travel Malaysia Sdn.Bhd (1244202-K)
Lesen Kementerian Pelancongan : KPL/LN: 10450
